Copyright © -Mubin-
Design by Dzignine
February 6, 2014
TOMBAK DUSTA


pernah engkau terfikir 
mengapa memperlakukan sebegitu 
wahai anak muda
sedarkah siapa diri kamu 
yang kerdil lagi hina 

jika dunia berbicara
pasti ia berkata
aku penat 
aku letih 
aku tidak mampu lagi 
tidak mampu untuk menampung seksaan mereka

saat mereka 
manusia durjana melakukan kerosakan terhadapnya
mereka tidak langsung memikirkan akibat
tidak langsung memikirkan kesan 

apakah mereka buta
apakah mereka pekak 
mereka mampu berbicara 
mereka mampu berfikir

tetapi sahabatku 
ingatlah 
sentiasa berwaspada pada sekeliling

ayuh sahabatku 
bersihkan lah dunia ini
bumi kita
dari kotoran jiwa 

ayuhlah bersatu menuju kejayaan 
ayuhlah pastikan tiada lagi tombak dusta

0 Komen:

Post a Comment

Wide Eye Onion Kun