Copyright © -Mubin-
Design by Dzignine
February 6, 2014

Semangatku kerana Semangat Mereka

         ketika itu aku sedang menunggu elaun terakhir dari OC tercinta kompeniku.Sementara menunggu giliranku tiba, aku bersama rakan-rakanku bermain sepak takraw.Kata mereka itu merupakan moment terakhir bermain bersama kerana esok kami tidak lagi bersama.Selepas itu , kedengaran namaku dipanggil dan pergilah aku dengan membawa diri bersama perutku yang kenyang kerana telah makan bubur kacang di Mess Putera.RM100 telah dihulurkan lalu tangan aku mengambil dengan hati yang gembira kerana itu merupakan elaun terakhirku di Maktab Tentera Diraja.

         Aku pergi bersama kawan-kawanku bermain futsal.Sekali lagi kata mereka "jom futsal,lepas ni dah takda dah main futsal.last kot nak main sama-sama".Aku menurut dan turut serta dalam permainan itu.Aku bermain sehingga langit dan matahari semakin pudar warnanya.Secara tiba-tiba sedang aku asyik mengejar bola ,kaki aku terseliuh .Aku terduduk di tengah-tengah gelanggang dan aku tersenyum .Aku tidak mahu mereka perasan yang aku terseliuh.Aku jalan perlahan-perlahan dan rehat di tiang gol.Aku duduk dan berkata kepada mereka aku penat dan letih.Aku cuba untuk berdiri dan berjalan tetapi tidak mampu.Rakanku perasan akan keadaan diriku dan dia menolongku untuk naik tangga dan kembali ke Dorm.

Aku meminta tolong kepada juniorku untuk mengambil sebaldi ais di Mess Putera .Lalu aku letakkan kaki aku di dalam baldi itu.Aku amat mengharapkan kaki aku dapat pulih dengan pantas .Announcement masuk ke dalam mess sudah kedengaran kerana sudah tiba waktu makan malam.Rakanku bertanya kepadaku "jang,kau nak turun ke atau aku suruh junior ambilkan makanan kat bawah?" dan aku menyuruh kawan aku untuk menyuruh junior ambilkan makanan.Ketika di dalam bilik aku masih cuba untuk terus berdiri tetapi hanya sementara.Aku mula risau kerana esok merupakan hari POP dan merupakan hari yang amat penting bagi Senior Putera menjadi Old Putera.Kawan kawan sekompeni dengan aku mula menawarkan minyak minyak urut dan ubat ubatan untuk mengurangkan bengkak , kawanku juga memberi pembalut di kaki untuk mengurangkan kesakitan kakiku.Aku rasa lega kerana baju untuk dipakai pada hari esok sudah aku iron petang tadi.Kami berborak dan bersembang seperti biasa kerana kami sedar itu merupakan malam terakhir bagi kami untuk berkumpul dan bersama.

Pukul 4 pagi , aku terjaga dari tidur dan kejutkan kawan2 sebilik.Pertama kali budak dorm aku bangun awal dan ambil senjata awal.Selalunya budak dorm aku ambil senjata terlambat.Kaki aku masih sakit dan aku membalut dengan sekuat mungkin untuk kurangkan kesakitan .Aku turun bersama rakanku dari Kelantan .Kami merupakan orang yang terawal turun .Dahlah RMC banyak tangga dan kawan aku itu menemanku dan aku jalan perlahan .Kami orang terawal turun tapi kami bukan orang pertama ambil senjata kerana ramai yang telah memintas kami kerana aku terlalu lambat jalan barangkali.Senjata M16 sudah berada di tangan dan waktu ini untuk kami bawa naik ke atas.

Warga bilik aku bergambar sana sini.Yelahhh...Kenangan kata mereka.Kakiku masih terencot encot tetapi nasib baiklah drill boot(kasut kawad) itu tinggi dan keras.Baru ambil dari stor katakan..Masih bau kedai kata masyarakat kita..dan aku dapat berjalan secara normal la jugak...

Dan.......bersambung........


1 comment:

Wide Eye Onion Kun